Inikah dugaan yang kuterima,
Menyintaimu sepenuh jiwa,
Untuk bersamamu....
Kesabaran membakar fikiran....
Semua orang tau itu lirik lagu Fauziah Latiff, Setia Ku korbankan. Ya dah lama suka lagu ni. Sejak lagu ni Rosyam Nor nyanyi dalam salah satu drama TV3. masa tu Ya kecik lagi. ntah kenapa, lagu ni terlalu menyentuh jiwa sehingga Ya terlalu sukakannya walaupun tak paham maksud lagu ni. I was bout primary 3, kalo tak silap.
tetiba, hari ni Ya terlampau sukakan lagu ni. Bukan menujukan lagu ni khas untuk sesiapa, tetapi untuk ilmu sains yang Ya belajar sekarang. Chemistry dan Biology terutamanya.
Bukan senang untuk Ya pelajari sains. Ya minat sangat pada Chemistry dan Biology, tetapi nak dapat ilmu tu sangat susah. I am not a brilliant student.
bagi orang yang tiada 'buayafren' macam Ya, berkasih dengan ilmu memang nikmat. seronoknya tak dapat di gambarkan. setiap kali ilmu itu masu ke minda, rasa teramat sayang pada ilmu tu, tegak bulu roma,hehehe. mungkin inilah yang dikatakan kemanisan ilmu.
Sekarang ni, Ya rasa betul-betul cintakan Chemistry. tengok je kat cover buku Organic Chemistry, Ya tersenyum sendirian. bila menyanyi lagu ni, tetiba jer rasa sedih mengenangkan pengorbanan Ya yang tak seberapa, berjuang menuntut ilmu kat UiTM ni.
Kau janjikan bahagia,
Namun kau hantui dengan gurauan berbisa,
Kau janjikan setia,
Rapuhku berpegang untuk hidup bersamamu...
Namun kau hantui dengan gurauan berbisa,
Kau janjikan setia,
Rapuhku berpegang untuk hidup bersamamu...
yang ni paling meruntun jiwa bila Ya failed dalam paper tu atau mendapat markah yang tak berbaloi bagi apa yang Ya spent selama ni. memang menuntut ilmu ni banyak sangat cabarannya. ye la, syaitannirrojim mana nak tengok umat Muhammad berjaya?
Andainya tak mungkin ku miliki,
Keayuan kasih impianmu,
Lepaskan asmara dijiwaku..
part ni Ya tak setuju sesangat! ada ke nak give up cepat bebenor. pe kes? kalau tak dapat, usaha dan usaha dan usaha dan usaha lagi! :)
SETIA KU KORBANKAN, ya ilmu!
Bismillahhirrahmanirahim,
Ya Allah, bantulah kami dalam menuntut ilmu-Mu.
Terangilah hati kami seperti nabi-nabi dan rasul-rasul-Mu, Ya Allah.
Kau permudahkanlah bagi kami berjihad ke jalan-Mu, ya Allah.
Semoga kami mendapat keredhaan-Mu sepanjang menuntut ilmu-Mu, ya Allah.
Amin ya rabal alamin..
Ya Allah, bantulah kami dalam menuntut ilmu-Mu.
Terangilah hati kami seperti nabi-nabi dan rasul-rasul-Mu, Ya Allah.
Kau permudahkanlah bagi kami berjihad ke jalan-Mu, ya Allah.
Semoga kami mendapat keredhaan-Mu sepanjang menuntut ilmu-Mu, ya Allah.
Amin ya rabal alamin..
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meninggalkan komen anda. :)