
Dalam bahasa latin 'angina pectoris' bermaksud menghimpit dada (squeezing of the chest). Angina ialah perasaan tidak selesa di dada, terjadi apabila kekurangan darah yang beroksigen yang menyumbangkan kepada otot jantung (cardiac cells).
Selalunya kejadian ini berlaku kerana kekurangan bekalan darah akibat penyempitan pada pembuluh darah arteri koronari yang membawa kepada arteriosklerosis.
Ianya dapat dirasai seperti;
Selalunya kejadian ini berlaku kerana kekurangan bekalan darah akibat penyempitan pada pembuluh darah arteri koronari yang membawa kepada arteriosklerosis.
Ianya dapat dirasai seperti;
- tekanan kuat di dada
- ditindih benda berat
- rasa ketat di dada
- terhimpit
- rasa sakit dibawah tulang buah dada
Angina dibahagikan kepada dua jenis; angina stabil dan angina tak stabil.
Angina stabil dapat di agak dan menyerang pada masa yang dapat di agak. seperti melakukan kerja berat atau stress.
Angina tidak stabil lebih berbahaya kerana datangnya tidak diduga. boleh mengundang kematian.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meninggalkan komen anda. :)