assalamualaikum,
Hari ni Ya ada terjumpa artikle 'Mengapa Yahudi Bijak?' di dua blog dan web site yang berbeza, tetapi artikel yang sama.
Kebetulan, mencari cerita Adi Putra, terjumpa satu blog ini yang menyatakan bahawa Yahudi bijak dan sebab-sebabnya. Website yang menyatakan artikel yang sama ialah www.iluvislam.com
(boleh rujuk laman web di atas untuk membaca artikel tersebut)
Perkara yang nak jelaskan kat sini ialah, apa yang dilakukan dan tabiat para Yahudi tersebut memang dituntut oleh Islam bagi memperoleh generasi yang kuat fikiran dan fizikalnya. Cuma muzik tu, Ya rasa patut ditukar kepada menghafaz Al-Quran.
Apa kena-mengena dengan early learning programme? Well, early learning programme yang Ya tengah baca, mengkaji dan cuba untuk pratikkan ini, methodnya hampir sama dengan kaum Yahudi buat pada anak mereka. Method yang Ya sebutkan ialah Glenn Doman. Pengasas The Institute For The Achievement of Human Potential.
Beliau banyak membantu kanak-kanak dalam menjadi insan yang cemerlang dalam akademik, sosial, dan sahsiah diri.
Salah satu program yang amat menarik sekali ialah How To Teach Your Baby To Read. of course lah ada banyak lagi method yang diperkenalkan. program ini di ajar kepada bayi dari umur satu hari hingga umur 4 tahun (umur yang digalakkan) sebelum sekolah rendah. pada umur ini, pertumbuhan otak bayi sangat aktif. Otak mereka boleh menangkap dan melakukan perkara yang amat luar biasa sekali. Salah satu buku survey (Kid Who Start Ahead, Stay Ahead) yang dijalankan oleh mereka terhadap early learners selepas beberapa tahun menunjukkan perkembangan yang positif.
Salah satunya ialah seorang kanak-kanak lelaki bernama Keith (nama keluarga dah lupa), merupakan pelajar yang excellent. dari kecil sampai dewasa. mungkin kerana genetiknya pun dah pandai, parents beliau cuma membantu beliau membaca pada usia bayi, he's an athletic; senang cakap serba boleh. beliau dikatakan boleh membaca sebelum 1 tahun, perenang yang hebat, dan bermacam-macam lagi. sekarang beliau merupakan cardiologist. insyaAllah,nanti Ya akan post cerita mengenai beliau.
untuk menjalankan method ini, memerlukan parents yang komited terhadap perkembangan dan pembelajaran anak-anak mereka. mengajar bukanlah perkara yang senang. kekangan dari segi masa dan duit merupakan perkara yang tak dpat dielakkan. memanglah bukan hari ini kita ajar, esok anak-anak ini akan boleh menghafalnya, sifat konsisten oleh ibubapa amatlah diperlukan.
selain itu, method ini boleh merapatkan lagi hubungan ibubapa dan anak-anak,menambahkan lagi masa yang berkualiti bersama-sama, dan etc.
DON'T IT MEANS I AM A PUSHY PARENT?
NO. kita cuma nak tolong/membantu kanak-kanak tersebut menghadapi hari hadapan yang lebih konfiden.
MACAM MANA DENGAN PERASAAN KANAK-KANAK TERSEBUT? BUKAN KE UMUR TERSEBUT PERLU DIBIARKAN SAHAJA DIA BERMAIN-MAIN ?
itulah yang salah.kanak-kanak suka belajar dan melakukan 'eksperimen' sejak bayi lagi. pernah tengok kanak-kanak yang memasukkan sesuatu ke dalam mulutnya? ini menunjukkan dia mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam.
pada umur beginilah mereka perlu dididik kerana ilmu cepat masuk due to putihnya hati diaorang.
apabila mereka dah boleh membaca dan ahead dari peers seumur dengan diaorang semasa di sekolah, mereka mempunyai banyak masa untuk 'bermain-main' dengan ilmu/pelajaran yang baru dan juga tidak berasa beban kerana kerja rumah dan sebagainya.
kebanyakkan early learner suka belajar.
ambil saja contoh adik Ya, Ayie. dia mempunyai penyakit dyslexia. susah membaca. tetapi dia seorang yang amat kreatif dan kuat ingatan. matematik dia ok. tapi, oleh kerana kebolehan membaca sangat lambat, dia mempunyai perasaan rendah diri dan juga seorang pemalu. kebanyakan pelajaran dia jatuh kerana membaca bukan minatnya. ini semua kerana 'trauma' dan tekanan yang telah dirasainya di sekolah. kadang-kadang terfikir,kan bagus kalo Ya ajar dia masa kecil-kecil lagi.
to sum up, membaca tunjang ilmu. ambillah masa untuk membaca.
February 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meninggalkan komen anda. :)