Peminat setia Death Note, mesti tahu bahawa Kira a.k. a. Yagami Light (Raito), mati hari ni. Pada 28 Januari 2010, lebih kurang waktu senja (sunset masa tu) ikut jam Negara Jepun. Tarikh kematian Kira hari ini berdasarkan dalam komik, manakala dalam kartun pula pada tahun 2013 pada tarikh yang sama. Sebulan sebelum dia menyambut hari jadi pada 28 Febuari. Di dalam komik tahun hari jadinya ialah 1986, manakala di dalam kartun pula ialah 1989. Sama umur dengan Ya!(1989). Heheh..
Dipercayai, Kira telah membunuh lebih 20,000 orang dalam masa dia menemui buku nota kematian tersebut sehingga tarikh kematiannya sekarang. Belum termasuk pembunuhan yang dilakukan oleh Kira-Kira yang lain.
Yang paling Ya minati tentang Kira ialah, strategi beliau untuk mengetahui nama si mangsa terutamanya dalam pembunuhan Raye Penbar dan juga 12 orang lain FBI.
Kejahatan Kira mula menyerlah apabila membunuh tunang Raye Penbar dengan cara commit suicide. Tak dinafikan, Kira tergolong dalam golongan genius. Evil genius.
Sebenarnya, Kira atau Light Yagami ialah penegak keadilan. Tapi, tiada istilah right killing di dunia ini. Beliau juga membunuh orang yang tidak bersalah, seperti L. Lawleit atau L (Eru), Misora Naomi dan lain-lain kerana takut rahsianya terbongkar..
Cerita ini adalah sejenis hiburan yang berbentuk escapism. Ya minat cerita ni pun kerana Ya sukakan watak hero yang jahat.
Apa-apa pun, TIADA DEATH NOTE DI DUNIA SEBENAR. Jangan cari pula! Hehehe.
AMARAN: CERITA INI MAMPU MENGOYANG AKIDAH ANDA. JANGAN BERANGAN-ANGAN MEMILIKI BUKU ITU.